Thursday, May 31, 2012

speechless:wordless: Jangan percaya dulu. Akta ini berkuatkuasa esok. Mari kita meletup malam ini. haha

akta ini bermula esok hari . 1 june. 
selepas ni kornag kena lah bertanggung jawab habis dengan setiap benda yang dipost dalam laman social. 


Aku benar2 cinta speechless dengan benda ni. 
Adakah ini diolah ? Diolah kan. jap aku nak buat research.

Ok benda ni so far .... betul lah :D ..
korang buat lah research lagi k . Aigooo kena lah bertanggung jawab setiap benda yang dipost dalam facebook twitter dan blog . 

rujuk sini 

Bila Gawai ? Apa itu Gawai ?

sebelum kita start bercakap pasal gawai layan ni dulu 

Ish2. meremang bulu roma Am dengar dia nyanyi . Awat korang tak rasa camtu ke? Maybe korang bukan sarawakian or sabahan. :D 

Persoalan nye sekarang adakah Gawai jatuh pada hari yang sama setiap tahun ? Tak seperti hari raya yang berbeza2 hari. 

Jawapan nya adalah
Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Jadi ? Tak sama hari lah ni? Macam mana hari gawai ditentukan ?
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Jadi hari gawai ini ditentukan apabila musim menuai padi tamat lah kan? :D 

gawai1

Pada hari raya kita makan ketupat lemang satey tp xde persembahan makanan kepada dewa :D.

 Tapi berlainan pula dengan pesta Gawai . Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak(arak beras) akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.
Satu puisi khas untuk pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. 

Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggan sebagai pembuka rasmi pesta gawai.




Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. 

Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. 

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. 

Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.


letak email disini